Salam 1Malaysia,
Salam perkenalan dihulurkan kepada semua. Ini blog pertama saya yang telah mula dibina pada tahun 2009. Namun begitu ia tidak diselenggara dengan baik kerana kesibukan tugas di sekolah.
Kini, apabila saya mula menyambung pelajaran di UPSI. timbul rasa keperluan untuk mengaktifkannnya semula demi berkongsi idea dan pendapat terutamanya dalam dunia pendidikan negara.
Dunia pendidikan di negara ini tidak bersifat statik. Ia sentiasa berkembang mengikut arus permodenan dunia yang berkonsepkan globalisasi. Dalam dunia yang serba pantas ini kita tidak dapat lari daripada dunia tanpa sempadan menerusi media elektronik dan komunikasi.
Apa yang paling penting adalah bagaimana kita (dunia pendidikan negara ini) dapat mengharungi dan turut serta dalam persaingan tanpa sempadan ini. Semoga negara kita Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam dunia pendidikan sambil mengekalkan ketaatan agama dan kerukunan budaya selama ini.
Wassalam...